Seminar Mantap Kewangan: 

Bina Kekayaan RM100 Ribu Pertama Anda

 

 Dalam seminar sebelum ini, kita telah melihat 5 masalah kewangan utama rakyat Malaysia yang semakin meruncing saban tahun.

Selain itu, kita juga telah memahami 5 perkara yang perlu diberi perhatian semasa membuat perancangan kewangan untuk mencapai RM100 Ribu Pertama Anda.

Kali ini kita akan beri penekanan yang lebih mendalam lagi terhadap proses-proses perancangan kewangan dalam pelbagai aspek bagi menghadapi masa depan yang semakin mencabar.

Sertai kami dalam webinar Seminar Mantap Kewangan: Bina Kekayaan RM100 Ribu Pertama Anda intensif selama sehari ini untuk meningkatkan celik kewangan anda dan mencapai matlamat kewangan anda dengan cepat

Tarikh: 31 Mei 2025 (Sabtu)

Masa: 9:30AM - 4:30PM

Tempat: Online Zoom (Live Online. Tiada rakaman disediakan.)

Mengenai Speaker:

Eza Ezamie, IFP®

Eza Ezamie IFP® merupakan seorang pakar pelaburan dan kewangan yang telah menulis tiga buah buku best-seller. Beliau merupakan seorang pelabur tegar dengan berbelas tahun pengalaman di dalam instrumen patuh-Syariah seperti saham, hartanah, robo-advisor, amanah saham, private mandate, emas, ECF, P2P, aset digital dan NFT. Beliau juga merupakan seorang Perancang Kewangan Islam.

Perancangan kewangan tidak pernah terlalu lambat atau terlalu awal untuk bermula