IPO Hunter Masterclass:
Gandakan Wang Anda Dengan Strategi IPO

Tahukah anda bahawa pasaran IPO (Tawaran Awam Permulaan) di Bursa Malaysia sedang melalui fasa keemasan yang sangat luar biasa?
Ramai pelabur runcit berjaya menjana keuntungan berlipat ganda pada hari pertama saham disenaraikan (listing day) hanya dengan memohon IPO.
Cuba lihat rekod prestasi IPO di Bursa Malaysia sepanjang dua tahun yang lalu.
Bursa merekodkan 55 penyenaraian pada 2024, terdiri daripada 11 Pasaran Utama, 40 Pasaran ACE dan empat Pasaran LEAP.
Pada 2025, jumlahnya meningkat kepada 60, terdiri daripada 11 Pasaran Utama, 44 Pasaran ACE dan lima Pasaran LEAP.
Pecahan berdasarkan saham Main dan ACE
2024: 51 saham yang boleh dibandingkan:
- Naik: 44 saham — 86.3%
- Tidak berubah: 2 saham — 3.9%
- Turun: 5 saham — 9.8%
Pengiraan dibuat daripada 51 penyenaraian Pasaran Utama dan ACE dalam rekod prestasi hari pertama.
2025: 55 saham yang boleh dibandingkan:
- Naik: 31 saham — 56.4%
- Tidak berubah: 5 saham — 9.1%
- Turun: 19 saham — 34.5%
Pengiraan ini merangkumi 55 penyenaraian Pasaran Utama dan ACE.
Ini bermakna, majoriti besar IPO yang disenaraikan dibuka lebih tinggi daripada harga tawaran asal mereka.
Kenapa Anda Masih Belum Mula?
Adakah disebabkan anda rasa mohon IPO ini susah, atau anda tak tahu syarikat mana yang betul-betul berkualiti?
Kami di Invest Knowledge Hub sangat berbesar hati untuk membimbing anda menjadi seorang IPO Hunter yang bijak melalui sesi intensif selama 4 jam.
Antara topik premium yang bakal anda kuasai:
Ciri-ciri IPO yang bagus: Cara kenal pasti IPO yang berpotensi memberi pulangan tinggi dengan risiko yang rendah.
Analisis Prestasi: Bagaimana memilih IPO yang mempunyai fundamental kukuh dan pemacu pertumbuhan yang jelas.
Strategi Alokasi Tinggi: Teknik rahsia untuk meningkatkan peluang anda mendapatkan agihan unit saham IPO.
5 Langkah Permohonan: Panduan langkah-demi-langkah untuk memohon IPO dengan betul dan berjaya.
Strategi Trading IPO: Cara buat keputusan kritikal semasa hari penyenaraian — sama ada patut terus jual untuk instant profit atau hold untuk jangka panjang?
Tarikh: Oktober 2026
Masa: 9:00AM - 1:00PM
Tempat: Online Zoom / Fizikal
Daftar sekarang dan kita jumpa nanti!
Mengenai Speaker:

Eza Ezamie, IFP®
Eza Ezamie IFP® merupakan seorang pakar pelaburan dan kewangan yang telah menulis tiga buah buku best-seller. Beliau merupakan seorang pelabur tegar dengan berbelas tahun pengalaman di dalam instrumen patuh-Syariah seperti saham, hartanah, robo-advisor, amanah saham, private mandate, emas, ECF, P2P, aset digital dan NFT. Beliau juga merupakan seorang Perancang Kewangan Islam.
